Peraturan ini tidak mengikuti spesifikasi FIFA.
Hanya digunakan untuk Ligue de Tanta.
"Handball" adalah keseluruhan
tangan.
Tidak dibenarkan membuat jaringan terus dari
sepakan ke dalam kecuali sepakan sudut.
Gol dikira berdasarkan keyakinan pengadil. Gol
yang dikira adalah yang jelas ke"gol"an nya.
Tidak dibenarkan membuat "slide tackle".
Tidak dibenarkan mencaci pengadil dengan kata-kata kesat. (straight RED CARD)
Pemain yang mengutip red card atau dua yellow
card dalam satu perlawanan akan digantung bermain (satu game sahaja) untuk
perlawanan yang seterusnya.
Pemain juga akan digantung bermain untuk
perlawanan seterusnya jika mengutip dua yellow card dalam dua perlawanan yang
berbeza, tidak kira berturutan atau pun tidak.
Mesti menghormati
pengadil walaupun yang menjadi pengadil adalah junior mahupun jurusan
pengajian yang lain.
Sebarang pertambahan
pemain dalam pasukan hendaklah dimaklumkan kepada pihak pengurusan jika
pasukan tersebut masih belum lengkap(10 orang) selepas tamat tempoh
pendaftaran.
Sebarang pertukaran
dan pertambahan pemain hanya boleh dilakukan semasa tempoh perpindahan
(transfer window) yang akan diumumkan oleh pihak pengurusan LDT 12/13. Tindakan
tertakluk kepada Unit Pertandingan & Pengadilan LDT 12/13.
Dalam satu match, seorang penjaga gol boleh
menangkap hantaran kebelakang daripada pemain sendiri.
Pemain boleh menjaringkan gol terus dari sepak
mula.
Pemain tidak boleh membuat sebarang provokasi terhadap lawan.
Penalti - Pemain hanya boleh mengambil satu
langkah ("one step") sahaja untuk mengambil penalti.
Apabila bola sudah keluar, pemain perlulah
membuat hantaran ke dalam menggunakan kaki. Tidak kisah pun kalau bola bergerak
semasa hantaran ke dalam, tetapi bola dan kaki pemain mestilah di atas garisan
ataupun di luar gelanggang.
Hantaran ke dalam boleh dibuat seberapa tinggi
yang boleh.
Pemain dalam setiap pasukan digalakkan
menggunakan baju yang mempunyai warna
yang sama bagi memudahkan pengadil supaya tidak keliru dengan pasukan
lawan.
Setiap pasukan hendaklah hadir 5 minit sebelum perlawanan. Setiap pasukan hendaklah berada
di dalam gelanggang futsal tepat pada waktunya. Jika gagal untuk menurunkan
pasukan, pasukan tersebut akan diberi kekalahan automatik 0-3 dan kemenangan
3-0 kepada pihak lawan.
Seluar yang dibenarkan ketika bermain adalah seluar panjang atau seluar pendek
ber"tights". Jika tidak mematuhi peraturan pemakaian tersebut
maka pasukan berkenaan akan diberikan kekalahan automatik 0-3.
Merokok sama sekali
dilarang di kawasan gelanggang dan mana-mana pemain yang merokok, pasukannya
akan diberikan kekalahan automatik 0-3
Peraturan lain sama seperti yang digunakan oleh
FIFA.
Jawatankuasa Disiplin Ligue de Tanta akan menilai
mana-mana perbuatan yang boleh mencacatcelakan perjalananan Ligue de Tanta
2012/2013.