Futsal adalah
salah satu cebisan daripada sukan paling popular di dunia iaitu bolasepak.Mula
diperkenalkan pada tahun 1923 di Uruguay ia diambil namanya dari 'futbol di
salau' yang bermaksud 'indoor footbal'.
Memetik kata-kata
kaki bangku seluruh dunia “tak ke bangang main bola ni, 22 orang dok kejar
sebijik bola,apsal tak dibawak je bola sorang sebijik,tak payah nak berebut
satu padang”, futsal menggunakan konsep yang sama dengan jumlah pemain yang
berbeza dan saiz dan jenis gelanggang yang berbeza mengikut citarasa setempat
walaupun hanya 5 pemain yang ditetapkan FIFA.
Futsal adalah satu
medium utama untuk melepaskan tekanan belajar di samping dapat meningkatkan
kecergasan diri. Ini penting untuk menjadi seseorang yang hebat mental dan
fizikalnya. Berdasarkan kajian bermain futsal mampu meningkat ketahanan jantung
dan meningkatkan stamina. Bermain futsal secara berterusan selama 2 jam mampu
membakar sebanyak 1000 kilokalori bersamaan 1 mega kalori. Banyak bukan?
Walau jauh beribu
batu keghairahan pelajar Malaysia di Mesir khususnya di Tanta terhadap futsal
tidak dapat disangkal lagi. Bermula pada tahun 2006 batch kedua yang diketuai
oleh bro Fawwaz Zamri itu mula melepaskan gian bermain futsal di kawasan-kawasan
lapang di kawasan gamaah malah sanggup meredah puluhan kilometer ke mansurah
untuk bermain futsal kerana pada ketika itu sukar untuk menyewa gelanggang di
tanta ditambah dengan jumlah pemain yang tidak mencukupi.
Segalanya bermula
dengan bro Ahmad Rusydi dengan berbekalkan kehebatan berkomunikasinya beliau
berjaya menyewa gelanggang di istad, dan sejak dari itu tertubuhnya skuad
futsal Tibb Tanta yang mula mewakili Tanta dalam kejohanan futsal yang diadakan
di seluruh Mesir. Berbagai pencapaian telah diraih sejak dari itu.
Dari tahun ke
tahun jumlah pelajar di Tanta semakin meningkat maka terhasillah satu idea
untuk mengkompetitifkan lagi futsal di Tanta ini, maka tertubuhlah Ligue de
Tanta yang pertama kali diadakan tiga tahun lalu. Kali petama diadakan ia mampu
mengumpul sepuluh pasukan yang dijuarai oleh pasukan The 8. Penguasaaan the 8
berterusan seslama 3 musim dengan menjuarai ketiga-tiga edisi LdT.
Untuk musim ini
pula LdT diteruskan lagi dengan sesuatu yang lebih segar bermula dengan lebih
awal dan promosi yang gempak berjaya mengumpul 19 pasukan, suatu jumlah yang
besar dan juga memerlukan komitmen yang lebih besar dari semua pihak. Sepak
mula kejohanan musim ini akan bermula pada 17 november ini.
Diharapkan segala
objektif dan tujuan LdT ini tercapai dengan kelancaran kejohanan pada tahun
ini. Di samping meningkatkan kecergasan, dengan secara tidak sengajanya futsal
mampu merapatkan hubungan sesama pelajar di Tanta ini.
"badan
sihat,jiwa cool,minda brilliant'

