Advert

Advert

Advert

Rules & Regulation




  1. Peraturan ini tidak mengikuti spesifikasi FIFA. Hanya digunakan untuk Ligue de Tanta.
  2. "Handball" adalah keseluruhan tangan.
  3. Tidak dibenarkan membuat jaringan terus dari sepakan ke dalam kecuali sepakan sudut.
  4. Gol dikira berdasarkan keyakinan pengadil. Gol yang dikira adalah yang jelas ke"gol"an nya.
  5. Tidak dibenarkan membuat "slide tackle".
  6. Tidak dibenarkan mencaci pengadil dengan kata-kata kesat. (straight RED CARD)
  7. Pemain yang mengutip red card atau dua yellow card dalam satu perlawanan akan digantung bermain (satu game sahaja) untuk perlawanan yang seterusnya.
  8. Pemain juga akan digantung bermain untuk perlawanan seterusnya jika mengutip dua yellow card dalam dua perlawanan yang berbeza, tidak kira berturutan atau pun tidak.
  9. Mesti menghormati pengadil walaupun yang menjadi pengadil adalah junior mahupun jurusan pengajian yang lain.
  10. Sebarang pertambahan pemain dalam pasukan hendaklah dimaklumkan kepada pihak pengurusan jika pasukan tersebut masih belum lengkap(10 orang) selepas tamat tempoh pendaftaran.
  11. Sebarang pertukaran dan pertambahan pemain hanya boleh dilakukan semasa tempoh perpindahan (transfer window) yang akan diumumkan oleh pihak pengurusan LDT 12/13. Tindakan tertakluk kepada Unit Pertandingan & Pengadilan LDT 12/13.
  12. Dalam satu match, seorang penjaga gol boleh menangkap hantaran kebelakang daripada pemain sendiri.
  13. Pemain boleh menjaringkan gol terus dari sepak mula.
  14. Pemain tidak boleh membuat sebarang provokasi terhadap lawan.
  15. Penalti - Pemain hanya boleh mengambil satu langkah ("one step") sahaja untuk mengambil penalti.
  16. Apabila bola sudah keluar, pemain perlulah membuat hantaran ke dalam menggunakan kaki. Tidak kisah pun kalau bola bergerak semasa hantaran ke dalam, tetapi bola dan kaki pemain mestilah di atas garisan ataupun di luar gelanggang.
  17. Hantaran ke dalam boleh dibuat seberapa tinggi yang boleh.
  18. Pemain dalam setiap pasukan digalakkan menggunakan baju yang mempunyai warna yang sama bagi memudahkan pengadil supaya tidak keliru dengan pasukan lawan.
  19. Setiap pasukan hendaklah hadir 5 minit sebelum perlawanan. Setiap pasukan hendaklah berada di dalam gelanggang futsal tepat pada waktunya. Jika gagal untuk menurunkan pasukan, pasukan tersebut akan diberi kekalahan automatik 0-3 dan kemenangan 3-0 kepada pihak lawan.
  20. Seluar yang dibenarkan ketika bermain adalah seluar panjang atau seluar pendek ber"tights". Jika tidak mematuhi peraturan pemakaian tersebut maka pasukan berkenaan akan diberikan kekalahan automatik 0-3.
  21. Merokok sama sekali dilarang di kawasan gelanggang dan mana-mana pemain yang merokok, pasukannya akan diberikan kekalahan automatik 0-3
  22. Peraturan lain sama seperti yang digunakan oleh FIFA.
  23. Jawatankuasa Disiplin Ligue de Tanta akan menilai mana-mana perbuatan yang boleh mencacatcelakan perjalananan Ligue de Tanta 2012/2013.