Advert

Advert

Advert

Monday, 4 March 2013

GAMEWEEK 14 & 15 REVIEW

Selasa 26 Feb : 8 lagi perlawanan berlangsung bagi minggu 14 ini yang mana rata-rata pasukan mencatat kemenangan tipis. Tidak banyak gol yang dapat disaksikan minggu ini kerana tahap pencapaian penjaga gol semakin meningkat baik bagi setiap pasukan.
         Vallate, Alamiyah, DDB, Espada Ropera, dan Brachial Plexus masing-masing bertuah mencatat kemenangan minggu ini meskipun tipis terhadap lawan masing-masing. Antara perlawanan menarik ialah antara DDB bertemu AFC. AFC akhirnya kecundang di minggu 14 ini gara-gara gol sumbangan pemain DDB yang semakin menigkat naik Ardee pada minit awal permainan. Alamiyah turut mencatat kemenangan bergaya meskipun bermain dengan 5 pemain sahaja. Sekaligus meletakkan Faez selaku pendahulu penjaring terbanyak liga dengan 10 gol bersama-sama Poji dan Fared.
          Perlawanan antara Risoles bertemu Perawan juga dianggap menarik malam itu. Kehadiran penjaga gol sensasi Risoles Dr Zulfahmi nyata memberi kelebihan buat Risoles yang gagal ditembus bintang-bintang Perawan. Perlawanan berakhir seri 0-0. Dua peneraju liga tika ini turut bertemu malam itu. Unknown vs Matlub. Perlawanan yang dianggap sengit ini diakhiri 1-1 hasil sumbangan gol Dr Fawwaz dan Syafiq. Keputusan ini sekali lagi merapatkan jurang untuk merebut juara liga masih terbuka untuk beberapa pasukan.
  


Sabtu 2 March: 9 perlawan lagi berlangsung minggu ke 15 ini. Dengan setiap pasukan masih menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam perlumbaan menamatkan liga musim 12/13 ini.
           Perawan yang beraksi dalam perlawan pertama bertemu DDB tampak masih gagal memecahkan kebuntuan gol setelah perlawanan berakhir seri 0-0. Sementara itu Team Kaki Kuat dan BeWin terus mengekalkan rekod kemenangan berturu tmereka dalam 3 perlawanan berturut liga ke atas lawan masing-masing. Team Kaki Kuat menang atas Cindai 2-1 manakala BeWin menangatas pendahulu liga Matlub 1-0. Keputusan ini sekaligus meletakkan Unknown selaku pendahulu liga tika ini sementara mereka menang atas Vallate pada malam yang sama 1-0.
           Sekembalinya Pulun Saja ke persada liga kerana rata-rata pemainnya sudah pulang dari tanah air. Perlawan menarik bertemu Espada ini berakhir 1-1 hasil kecuaian Afiq dari Espada yang menanduk on-goal diakhir minit permainan. DDB turut seri dengan The Noobs 1-1. Sementara itu Alamiyah dan AFC diberi kemanangan percuma 3-0 keatas Risoles dan Keling Legends oleh sebab tindakan disiplin.
           Sekadar itu sahajalah laporan berkala untuk minggu 14 dan 15. Semoga kita terus menghangatkan susasana liga ini yang berbaki 4 minggu sahaja lagi. Selamat berjuang, majulah sukan untuk ukhwah. Bye