TANTA 23 Feb- Minggu ini sekali lagi berlangsungnya 2 perlawanan berkala Ligue De Tanta 12/13 yang berlangsungnya perlawanan ke 12 pada hari selasa dan 13 pada hari sabtu. Kebanyakan pasukan semakin rancak mengatur strategi bagi memastikan pasukan mereka berada pada kedudukan yg selesa di akhir musim.
Pada perlawanan ke 12 yg berlangsung pada Selasa yang lalu, 6 daripada 9 perlawanan keseluruhan berkesudahan dengan mendapat tiga mata penuh. Antara perlawanan yang menjadi tumpuan malam ini ialah Brachial Plexus menentang BeWin FC. Brachial Plexus yang dikira pasukan favourite musim ini tumpas dengan BeWin sebanyak 5-0 dengan jaringan hatrik dari Nasrul dan satu gol lagi masing-masing dari Fauzi dan Faris. Turut menang besar malam ini ialah Alamiyah selepas bertemu CINDAI dengan keputusan akhir 6-0 hasil gerakan double goals dari Faiz dan Taufik serta sumbangan dari Jami dan Zulkifli. Team tertua dentistry, Carabelli FC mencatatkan keputusan cemerlang 4-1 menentang Den Lacoste dengan 2 gol dari Muslim dan satu lagi masing-masing dari Azhari dan Amal.
Bagi Brachial Plexus yang bermain 2 kali malam ini, pertemuan awal menentang The Noobs berjaya menambah 3mata dengan keputusan 2-0 hasil jaringan ayam tambatannya, Farid. Engkau Legend menang selepas bertemu Keling Legend yang bermain 5 orang dengan keputusan berakhir 2-0 . Team Kaki Kuat berjaya mendahului Matlub pada perlawanan terakhir malam ini yang berkesudahan 1-0 hasil jaringan cantik Amirul.
BeWin FC yang beraksi 2 kali malam ini juga seri menentang AFC selepas buntu mencari gol dan percubaan yang dapat ditepis oleh kedua-dua penjaga gol mereka. DDB dan Risoles juga berakhir dengan 0-0 disamping Perawan menentang Unknown FC yang berkesudahan 1-1 sama.
_________________________________________________________________________________________________________________
pada hari Sabtu pula, telah berlangsung perlawanan minggu ke 13 dan menyaksikan 6 pasukan berjaya memperoleh 3 mata penuh dan selebihnya seri. Pada permainan kali ini, Resoles berpeluang bermain sebanyank 2 kali menentang BeWin dan Team Matlub.
perlawanan yang menjadi bualan malam tadi ialah antara Risoles dan Team Matlub.Menggunakan ayam khidmat Zulfahmi di posisi keeper membantu Risoles mengekalkan kedudukan perlawanan seri sehingga minit terakhir selepas Risoles diasak bertubi-tubi oleh Matlub dan beberapa insiden panas berlaku yang akhirnya dileraikan dengan ikatan ukhuwah yang kuat.:D Sebelum itu, Risoles bertemu BeWin namun gagal mempertahankan gawang mereka apabila Fauzi menyumbat 2 gol bagi memberi 3 markah kepada BeWin FC. Fauzi sekarang di tangga atas dalam jaringan terbanyak dengan 10 gol.
AFC menang bergaya dengan 2 jaringan dari Akmal bagi menundukkan The Noobs dengan 2-0 dan mengukuhkan kedudukan di tangga liga. Keling Legends kembali beraksi agak hebat selepas pulangnya Haniff Isa dari Malaysia dan berjaya mengungguli perlawanan dengan jaringan tunggal KING.Engkau Legend beraksi baik dengan mengatasi Espada Ropera dengan 2-0 hasi jaringan sulung Soy dan Tarbond. Walaupun kelibat Asyraf Othman di atas gelanggang, ia tidak dapat mematahkan serangan dari Engkau Legend. Pulun Saja tidak ketinggalan dengan menjaringkan 2 gol ke atas Den Lacoste.Gola awl dari Idin meletakkan Pulun Saja di kedudukan selesa dan Markwhere menyudahkan kedudukan dengan 2-0. Perlawanan terakhir malam ini, iaitu Perawan dan Team Kaki Kuat menyaksikan kekuatan yang ada pada bekas pemain the 8 masih berbisa. Jaringan daripada Faris OK pada minit awal tidak membuatkan mereka di kedudukan selesa semasa perlawanan. Namun, pada separuh masa kedua, PIAN berjaya menjaringkan gol sulungnya dan penyokong bersorak gembira dengan kejayaan ini. Perawan menang dengan 2-0.
Antara perlawanan lain malam ini ialaha Vallate menentang Alamiyah dengan keputusan seri 1-1 hasil pendahulu jaringan Amirul dari Vallate dan Faiz menyamakan kedudukan dengan jaringan penalti pada minit-minit akhir perlawanan. DDB juga seri menentang Unknown dan dapat dilihat Apek dari DDB sangat cemerlang malam ini. Mungkin Apek menjadi tunggak utama DDB malam ini.