Advert

Advert

Advert

Friday, 28 December 2012

TARING ALAMIYAH FC TUMBUH KEMBALI!!


SELASA 25 DIS ; Ligue De Tanta terus menghangatkan suasana dengan GameWeek #8 berlangsung dengan jayanya di Arena Istad. Tidak banyak yang menarik dapat dikatakan pada perlawanan minggu ini. Rata-rata pasukan kelihatan sedikit hambar  dalam mempamerkan prestasi dalam perlawanan masing-masing. Mungkin juga faktor “EXAM FEVER” semakin hampir disamping faktor kita berada di kemuncak musim sejuk ketika ini membantutkan prestasi Kelab masing-masing. Namun itu semua hanyalah analisis dan andaian teknikal kami semata-mata tetapi perjuangan tetap perlu diteruskan.
  
              Yang menjadi tumpuan  sepanjang minggu ini adalah kepulangan trio sensasi #AlamiyahFC , Faez, Topeq, dan Jami. Kepulangan mereka sudah tentu menggerunkan lawan masing-masing. #Alamiyah bermain 2 perlawanan malam itu berdepan #EspadaRopera dan #DenLacoste. Tewas tipis bertemu #EspadaRopeda 1-2 hasil gol Acap dan Qamarul. Tapi itu tidak mematahkan semangat #Alamiyah apabila mereka membelasah #DenLacoste 4-0 hasil jaringan Faez dan Topeq masing-masing 2 gol.

 Turut mencatat kemenangan malam itu ialah  #AFC 1-0 #UnknownFC , #TeamMatlub 1-0 #Vallate ,# Carabelli 1-0 #TheNoobs ,  #TeamKakiKuat 1-0 #BrachialPlexus. #PulunSaja dan #BeWinFC masing-masing terikat 0-0 yang mana  sepanjang perlawan tersebut berlangsung dengan suasana sunyi sepi. Dikhabarkan #BeWinFC ketika ini mengalami sedikit krisis dalaman Kelab yang sedikit sebanyak memberi kesan dalam prestasi mereka ketika ini.

Vallate FC: Amerul Kabri, sentiasa kacak tidak kira dimana jua.
      #EngkauLegend masih lagi gagal mengakhiri kemarau seri mereka apabila terus mencatat seri menentang #DDB 0-0. Dalam pada itu #PerawanFC tampak garang minggu ini apabila menang besar ke atas #Cindai 4-0. Nyata keserasian mereka semakin menyerlah setelah menghadapi 8 minggu perlawanan.Sekian sahaja laporan untuk minggu ini. Semoga kita berjumpa lagi untuk perlawanan penutup tirai 2012 ini pada Sabtu jam 8 malam di Arena Istad untuk GameWeek #9 . Harap semua pemain dapat terus bersemangat mengharungi Liga ini. Salam Tahun Baru dari kami di Unit Media #LDT13 .