Advert

Advert

Advert

Monday, 31 December 2012

JAMI KEMBALI??

Tanta 29 Dis- Malam ini sekali lagi Stadium Tanta dihangatkan dengan gameweek #9 yang berlangsung malam tadi. Hanya 8 permainan pada malam ini kerana menghormati 3 teams yang direhatkan iaitu #TeamKakiKuat, #DenLacoste dan #Carabelli kerana peperiksaan mereka semakin hampir. Selamat berjaya diucapkan.

Malam ini, perhatian beralih kepada perlawanan antara #Unknown dan #PulunSaja. Perlawanan ini menyaksikan kemenangan tipis #Unknown dengan margin 1-0 atas cubaan cantik Badrul. Namun beberapa insiden panas berlaku antara Kapten #PulunSaja dan beberapa pemain #Unknown yang bertindak kasar. Salehuddin #PulunSaja mendapat kad kuning atas kekasarannya kepada Wawaeni (Madah).

#BrachialPlexus malam ini agak tumpul dengan pelbagai cubaan dari pemain mereka. Cubaan demi cubaan dilakukan oleh hampir setiap pemain mereka namun penjaga gawang #Vallate agak mantap kali ini. Jaringan dari Syafiq pada minit akhir perlawanan membuat pasukan #Vallate lebih parah. #BrachialPlexus menang 1-0.

Turut mencatatkan kemenangan hari ini ialah pasukan #DDB yang bertemu #EspadaRopera.Asakan yang dilakukan #Espada malam ini agak tumpul kerana Naufal tampak 'off-form' dan dikeluarkan pada separuh kedua. Cubaan Asyraf juga dari jarak jauh dinafikan dengan palang gawang. Namun, #DDB tidak berputus asa dengan 'tri-force' mereka, Ismail-Ahnaff-Iwan yang masing-masing mengawal bola dengan kemas. Hasil mereka berjaya apabila Ahnaff membolosi gawang lawan dan perlawanan tamat dengan berkesudahan 1-0.

Perlawanan seri malam ini adalah perlawanan antara #KelingLegends menentang #BeWin serta #AFC menentang #C.I.N.D.A.I. malam ini Che Hanif dan Fauzi mendominasi perlawanan antara #KelingLegends dan #BeWin malam ini. Pada perlawanan #AFC dan #CINDAI pula, Jami diimport dengan "pay-on-play basis" untuk bermain bersama CINDAI dan menjaringkan gol awal dengan gol yang sangat cantik!! Taqie pula menafikan kemenangan awal #CINDAI dengan jaringan hasil bantuan daripada Syafiq. Perlawanan berkahir 1-1.

Perlawanan lain, antaranya ialah #Risoles menentang #EngkauLegend. #EngkauLegend yang masih buntu mencari gol dan kemenangan setelah seri 5 kali sebelum ini dan masih seri selepas menentang #Risoles. #Perawan dan #MatlubKittun juga berkesudahan 0-0 dengan asakan yang padu oleh kedua-dua pasukan namun seri tetap menjadi pilihan mereka. #Alamiyah dan #TheNoobs juga tumpul malam ini dengan tiada gol yang dijaringkan. Tonggak utama #Alamiyah nampak sedang berusaha dengan gigih untuk kembali di prestasi sebelum ini agar pasukan lebih memberi asakan pada perlawanan seterusnya.

Tamatnya #gameweek 9 ini maka tirai LDT13 direhatkan sementara bagi memberi laluan kepada peperiksaan dan mereka yang ingin berjalan-jalan.LDT13 akan bersambung pada Februari 2013. Jauh perjalanan luas pemandangan, carilah pengalaman futsal di negara di tuju. Majulah sukan untuk Tanta. sekian.