Tanta, 11 Dis : Hari ini, gelanggang Ligue De Tanta (LDT) kembali menggegarkan suasana dengan berlangsungnya gameweek ke 6. Kali ini, sekali lagi Alamiyah direhatkan atas sebab para pemain mereka kebanyakkannya akan melalui peperiksaan Khamis ini, bersama kita doakan kejayaan mereka. Selain itu, pemain AFC juga direhatkan bagi menghormati penyusunan perlawanan yang telah ditetapkan. Namun, Pulun Saja FC bermain dua kali pada malam ini.
Perlawanan pertama Pulun Saja pada malam
ini sangat memberangsangkan apabila menang ke atas Keling Legends dengan 1-0. Tidak
menghairankan dengan kelibat Adam dan Idin di atas padang, pergerakan mereka
sukar dikesan pasukan lawan dan Idin berjaya menyumbat gol tunggal mereka seawal
minit pertama. Namun selepas itu, Keling Legends cuba memberi asakan yang padu
namun tidak berjaya membolosi pertahanan Pulun Saja walaupun ayam tambatan
mereka , Haniff Isa diletakkan di posisi top striker, sangat sayang sekali.
Pulun Saja mengikat perlawanan hingga ke wisel penamat dengan 1-0. Tahniah diucapkan.CINDAI, pasukan yang dikira masih dalam eksperimen ini, kali ini tidak menurunkan 2 pemain utama mereka, Samhan dan Hakim namun tampak bergaya dengan mencatatkan kemenangan kedua mereka selepas menentang Den Lacoste. Azim dan Mizan mempamerkan aksi yang cemerlang dan masing-masing berjaya menyumbat gol pasukan dan mendahului 2-0. Akan tetapi, kelibat key player pemain Den Lacoste tidak kelihatan menyebabkan tumpulnya pergerakan serangan mereka. Namun, mereka juga berjaya mendapatkan penalti dari pengadil namun sayang kerana percubaan kedua mereka gagal selepas percubaan pertama mereka tidak disahkan pengadil perlawanan. Permainan berakhir dengan CINDAI menang ke atas Den Lacoste dengan 2-0. Permainan yang cantik.
Team favorite minggu ini, Unknown tidak menghampakan para peminat LDT kali ini. Mereka menurunkan barisan utama mereka bagi melengkapkan persediaan mereka menentang The Noobs. Namun, seawal minit ke-3, gawang The Noobs dibolosi Badrul dengan cubaan dari kiri gelanggang dan terus ke jaring gawang. The Noobs tanpa Lutfi dan Shahir hari ini nampak tempang kerana mereka memberi pergantungan sepenuhnya kepada Syahmi di atas. Usaha mereka untuk mengasak pihak Unknown tidak berhasil, Madah, dengan cemerlangnya menyumbat 2 gol lagi masing-masing di minit 10 dan 11 perlawanan bagi menutup ancaman yang mungkin dilakukan The Noobs. Jaringan terikat hingga ke akhir perlawanan. Unknown menang bergaya dengan 3-0 menentang The Noobs.
Perlawanan hangat berlangsung pada perlawanan terakhir, di mana pasukan adik-adik tahun 1 yang mengancam pasukan-pasukan lain iaitu Brachial Plexus menentang pasukan Risoles. Brachial tampak garang kali ini dengan kelibat Farid dan Salman di barisan awal namun, Risoles menurunkan bekas kapten mereka, Hanif Shab yang direhatkan sebelum ini akibat bruised ankle. Pada awal permainan, keadaan nampak seimbang dengan pelbagai serangan balas oleh kedua-dua pasukan. Namun, penyokong mempunyai daya tujahan kepada pemain, Risoles lebih menyerlah dengan sorakan dan kata-kata semangat kepada mereka. 3 cubaan dari Ikmal dibazirkan begitu sahaja di depan gawang kosong dan ‘Suarez’ Dalek tidak menyerlah malam ini. Tetapi, Brachial Plexus seperti kecil-kecil cili api, serangan mereka menggerunkan pertahanan Risoles dengan pelbagai cubaan daripada mereka, termasuk Farid. Pada minit ke 10, gerakan cantik yang dilakukan Ikmal menjadi umpan kepada pemain Brachial Plexus dan Fareez menyudahkan gerakan itu dengan gol keramat mereka. Brachial Plexus dalam keadaan tertekan namun sempat memberikan persaingan yang sengit ke atas Risoles dan berjaya menghantar beberapa bola yang berbahaya ke gawang Risoles namun nasib tidak menyebelahi mereka. Risoles menang dengan 1-0. Permainan yang cantik dari Risoles dan Brachial Plexus.
Permainan kedua Pulun Saja malam ini menentang Perawan. Barisan Perawan kali ini sekali dahaga dengan gol kemenangan dan mereka akan mencuba yang terbaik pada permainan ini. Pulun Saja seperti biasa, menurunkan barisan pemain yang sama pada permainan pertama sebentar tadi. Namun, pertahanan kental Wafdan dan pelbagai moves yang cantik diperlihatkan oleh triad Nafis-Syahmi-Farid malam ini. Walaupun banyak bola dan cubaan mereka tersasar jauh dari gawang namun pada minit ke-8, gerakan yang cantik Syahmi memberi peluang kepada Nafis membolosi penjaga gol dream team kita minggu lalu, saudara Wafiq. Selepas gol ini, pertahanan Pulun Saja semakin kuat dan Ismeth, antara tembok penghalang Pulun Saja dari pelbagai terjahan Perawan. Adam dan Idin digandingkan di atas juga mencuba gerakan 1-2 yang sangat cantik namun bola mereka tidak mengenai sasaran. Permainan berakhir dengan Perawan menang dengan 1-0 dan menghilangkan nasib seri mereka sejak gameweek kedua.
Perlawanan lain, BeWin menentang
Team Kaki Kuat, seri dengan jaringan 1-1 yang dilakukan masing-masing oleh
Fauzi dan Amirul. Pada awalnya, BeWin ketinggalan dengan jaringan awal Amirul seawal
minit ke-5. Walaupun BeWin tanpa Faris, tetap bersemangat dan pada minit ke-11,
Fauzi yang semakin garang dan bertenaga di atas padang menunjukkan belang
sebenarnya dengan menjaringkan gol persamaan. Permainan terikat hingga ke akhir
perlawanan.Lagi permainan yang berakhir dengan seri 0-0 ialah perlawanan antara Engkau Legend menentang Matlub Kittun, Vallate menentang Espada Ropera dan DDB menentang Carabelli. Permainan Engkau Legend dan Matlub Kittun hangat dengan asakan bertubi-tubi dan pertahanan yang mantap dipamerkan oleh kedua-dua pasukan. Namun nasib tidak menyebelahi kedua-dua pasukan apabila terikat 0-0.
Berakhirnya gameweek 6 ini menyaksikan Matlub Kittun merampas takhta liga daripada Brachial Plexus. Permainan berbaki 13 minggu dan rumours mengatakan Alamiyah bakal menurunkan gergasi mereka minggu hadapan. Benarkah? Sama-sama kita nantikan. Sehingga berjumpa lagi di gameweek 7.
Salam
hormat.

