Tanpa disedari Liga LDT musim ke empat ini telahpun mencecah usia 5 minggu. Pelbagai catatan manis mahupun perit telah dicatat sepanjang kejohanan ini berlangsung. Tak kurang juga kontroversi yang melanda antara setiap pasukan bahkan melibatkan bahagian pengurusan Liga itu sendiri.
Gameweek 5 telahpun berjaya berlangsung
Sabtu lepas di Arena Istad sungguhpun rata-rata pemain masih penat serta dalam
mood “Family Day” yang berkesudahan sehari sebelum perlawanan Liga. Perlawanan
pertama yang melibatkan pertembungan antara Team Kaki Kuat bertemu Unknown FC
berkesudahan 0-1 hasil jaringan Syafiq Nadery. Unknown FC yang dibarisi pemain
bintang tahun 3 nyata mengawal permainan
pada malam itu malah Ali juga diletakkan sebagai Keeper.
Turut mencatat kemenangan 1-0 pada
malam itu ialah Carabelli FC. Perlawanan sengit antara mereka dan Risoles FC
sememangnya menggamitkan lagi suasana Arena Istad apabila penyerang Risoles FC
Dalek banyak mengucar-kacirkan pertahanan lawan dengan hantaran kemas kepada
Fareez dan Ikmal. Namun pada akhirnya kemenangan berpihak buat Carabelli FC
hasil jaringan Muslim yang setakat ini sudahpun menjaring 2 gol sepanjang liga
berlangsung. Prestasi Pulun Saja FC juga semakin meningkat ketika ini apabila
mereka juga menang bergaya ke atas AFC 1-0 pada malam tersebut. Hasil lorongan
kemas Kapten pasukan Adam kepada Farhan menghasilkan gol kemenangan buat Pulun
Saja. Keeper Pulun Saja tidak kurang hebatnya apabila berjaya mengawal gawang
gol dengan sangat baik pada malam tersebut.
Bewin FC dan Cindai juga mencatat
kemenangan pertama mereka musim ini ke atas lawan masing-masing pada malam itu
iaitu Team Vallate dan The Noobs FC dengan keputusan 1-0 dan 2-0. Lain-lain
pasukan Engkau Legends, Brachial Plexus, Team Matlub, Espada Ropera, Keling
Legends, Perawan FC, Alamiyah FC dan DDB
pada malam itu pulang dengan berkongsi 1 mata apabila perlawanan mereka
berakhir dengan seri.
Sepanjang 5 perlawanan yang sudah
berlangsung ini berbagai insiden
telahpun berlaku namun kami harapkan para pemain serta Pengurusan Kelab
masing-masing jelas dengan objektif UTAMA Liga ini dijalankan iaitu bagi
memupuk tautan ukhwah sesama kita. Badan Eksekutif #LDT13 sedia menerima
sebarang teguran mahupun cadangan bagi penambahbaikan mutu Liga kita insyallah.
Boleh hubungi mana-mana AJK kami malah kami mengalukan-alukan untuk anda DM/PM
kami di Facebook dan Twitter. Semoga berjumpa lagi di GameWeek #6 . Salam
p/s
: Laporan GameWeek #4 tak dapat disiarkan atas masalah kekangan masa. Maaf ;) –
Unit Media #LDT13

