Advert

Advert

Advert

Thursday, 29 November 2012

POST Gameweek 2



Istad, 28 Nov - perjuangan masih diteruskan bagi kesemua 19 pasukan yang berentap pada minggu kedua Ligue De Tanta (#LDT13) yang berlangsung pada malam tadi. Minggu ini, pasukan Alamiyah direhatkan dan memberi peluang kepada 18 pasukan yang lain untuk berentap bagi meneruskan pemburuan takhta #LDT13 bagi musim kali ini.


            Minggu ini, pasukan yang masing-masing menunjukkan aksi terbaik pada gameweek #1 iaitu Brachial Plexus FC(BP) dan AFC berentap pada game pertama dan berjaya memanaskan gelanggang Istad pada malam ini. Aksi yang ditunjukkan pemain daripada kedua-dua belah pasukan seimbang dengan pelbagai asakan dan terjahan yang dilakukan ke atas gawang gol lawan. Penyerang AFC, Taqie menggelek bola di hadapan gawang gol lawan namun tindakan pantas pemain pertahanan BP berjaya mematikan cubaan itu. Namun, pada separuh masa kedua, pemain Brachial Plexus FC, Farid berjaya menyumbat gol pertama hasil turning  yang cantik. Gol kedua juga disempurnakan dengan kemas oleh Farid, dan mereka mendahului perlawanan ini sehingga ke wisel penamat dengan mengikat kemenangan 2-0 ke atas AFC.

            Perlawanan seterusnya yang menjadi perbualan hangat di gelanggang Istad malam tadi adalah perlawanan antara pasukan Engkau Legend FC(EL) dan Den Lacoste FC(DL). Engkau Legend yang direhatkan minggu lepas, menang bergaya pada perlawanan pertama mereka dengan menjaringkan 4 gol ke atas Den Lacoste. Pemain berbisa dan berjambang, saudara Asrul (@Tarbond) menjaringkan dua gol awal pada separuh masa pertama dengan bantuan kemas oleh Fahim. EL juga dianugerahkan sepakan penalti  dibazirkan oleh penjaga gol EL, Hanif Arshad apabila bolanya tersasar jauh dan menemani bola Ramos. DL cuba mengasak ke gawang lawan tetapi berjaya dipatahkan pemain pertahanan EL yang tinggi lampai, iaitu Soy. Pada separuh masa kedua, pemain underdog, Munzir dimasukkan menggantikan Asrul dan berjaya menyumbat 2 gol. Di saat-saat akhir perlawanan, Soy mencuba nasibnya dengan mengenakan sepakan yang padu kea rah gawang lawan namun sekali lagi berjaya bersama bola Hanif dan Ramos di cakerawala. Perlawanan ini berkesudahan 4-0.

Perlawanan antara The Noobs FC dan Risoles FC juga antara Pulun Saja FC dan Matlub Kittun FC masing-masing mencatatkan jaringan dengan margin yang sengit dengan masing-masing berjaya menjarakkan kemenangan dengan satu gol. Perlawanan The Noobs dan Risoles berkesudahan dengan kemenangan ke atas Risoles dengan jaringan yang cantik dari Ikmal ‘Orowane’ dan mengikat perlawanan hingga wisel penamat. Tidak dinafikan, asakan daripada The Noobs juga berbisa namun, berjaya dipatahkan Risoles. Perlawanan Pulun Saja FC(PS) dan Matlub Kittun FC (MK) merancakkan atmosfera gelanggang pada malam tadi dengan serangan balas yang bertubi-tubi dilakukan oleh kedua-dua pasukan. Benchwarmer, saudara Amiruddin (MK) mendapat tempat pada perlawanan kali ini namun sedikit hambar akibat kurang stretching. Perlawanan kembali rancak pada separuh masa kedua dan jaringan Azmee pada minit-minit akhir perlawanan mengikat kedudukan MK dengan kemenangan 1-0.

            5 perlawanan lain, Vallate Fc menentang Keling Legends FC, C.I.N.D.A.I FC menentang Espada Ropera FC, BeWin FC menentang Unknown FC, DDB FC menentang Team Kaki Kuat FC dan Perawan FC menentang Carabelli FC masing-masing terikat tanpa jaringan walaupun pelbagai asakan dari kedua-dua belah pasukan. Palang, tersasar jauh, halangan pemain pertahanan, bagaikan tiada luck mereka pada perlawanan malam tadi. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu, namun atas semangat kesukanan, mereka masih tersenyum dan gembira kerana bagi mereka, perlawanan ini sebagai satu medium untuk mengeratkan ukhuwah.

            Pada malam ini, kebanyakan pasukan sudah menunjukkan taring masing-masing dengan motivasi kemenangan pasukan Malaysia menentang Laos dengan jaringan 4-1 pada petang tadi. Diharapkan gelanggang Istad pada minggu hadapan dapat merasai kehangatan perlawanan gameweek #3 dan para pemain dan pasukan akan berentap dengan lebih gigih untuk merebut takhta #LDT13 ini yang sebelum ini dirangkul 3 kali oleh pasukan 
THE 8’.

Sekian.

“We are not bothered by the win or lose games, we are not here for the fames, we just have the heart of true footballers” – Fauzi Johhari