Advert

Advert

Advert

Wednesday, 21 November 2012

KICK-OFF 1ST gameweek



KICK-OFF


ISTAD,17 NOV ; Tepat jam 7 malam semalam bermulalah era baru Futsal Tibb Tanta apabila LigueDeTanta musim ke-4 telah berjaya dirasmikan oleh Pengerusi Perubatan Cawangan Tanta, saudara Muhammad Naufal bin Muhammad Nasir. Upacara gilang gemilang ini disertai kesemua 19 Kelab yang mengambil bahagian. Simbolik kepada bermulanya musim baru ini, satu perlawanan khas diadakan melibatkan Team EXCO vs Team Adhoc. Perlawanan ini pada awalnya berlangsung begitu sengit namun berakhir dengan 2-1 dimenangi Team EXCO gara-gara kelalaian Penjaga gol tinggi lampai Team Adhoc, Soy.



        Perlawanan pertama #LDT13 pula dimulakan dengan Kelab BeWin FC bertemu DDB. Perlawanan yang pada awalnya tampak memihak pada BeWin Fc pada separuh masa pertama tetapi  DDB terlebih dahulu menjaringkan gol memalui gerakan solo ......... BeWin FC terus mengasak lawan dengan beberapa rembatan jauh Faris serta tandukan jarak dekat Abon yang kesemuanya melepasi palang DDB. Perlawanan berakhir 2-1 dimenangi DDB.Turut mencatat kemenangan ialah Perawan FC yang disebut-sebut sebagai “bayangan The 8”. Jaringan cantik oleh Nafis hasil lorongan kemas kapten pasukan Syahmi Kadir menjanjikankan kemenangan 1-0 keatas The Noob Fc.


      Turut meraih kemenangan kelmarin ialah Carabelli FC hasil hantaran lipat Azhari kepada Rafique lalu menjaringkan gol kemenangan 1-0 keatas Vellate. Dalam pada itu Team Matlub juga meraih kemenangan 1-0 hasil rembatan jauh Honda sungguhpun diasak keras pemain-pemain first year Brachial Plexus FC yang nyata mengawal permainan dari awal minit pertama lagi.Jelas pasukan baru ini perlu dilihat serius dalam persaingan liga kali ini. Team baru AFC,  juga mencatat kemenangan bergaya 4-1 ke atas Den Lacoste FC hasil 2 penyudah mudah oleh penyerang sensasi mereka Taqiyuddin.


Team veteran Tanta Alamiyah FC
      Lain-lain keputusan kelmarin ialah Team Veteran Tanta Alamiyah tewas kepada  adik-adik tahun satu Team Kaki Kuat dengan keputusan penuh 0-1. Unknown FC tampil bergaya dengan membenam Keling Legends Fc 1-0. Perlawanan akhir pula dimenangi Espada Ropera dengan jaringan 1-0 oleh Afiq Zan ke atas Risoles  FC.
    

      Secara keseluruhannya Liga #LDT13 musim kali ini nampak lebih kompetitif dengan penyertaan lebih banyak pasukan yang rata-ratanya memiliki keupayaan masing-masing. Menurut Pengarah Teknikal Futsal #LDT13 Saudara Azmee Aziz yang juga penganalisis sambilan Futsal Tanta memberi ulasan dalam temu bual bersama beliau, bahawa Liga kali ini dilihat bakal memberi aksi menarik disamping persaingan sengit bakal dilihat dari barisan pasukan-pasukan baru tahun satu dan dua. Sekian sahaja laporan untuk kali ini. Semoga kita berjumpa lagi di GameWeek 2.
    


         “ We know what we want and how to achieve it on the pitch “ - Jose Mourinho